Sunday, May 23

pinjaman mara

aku ada juga cuba untuk menggodek2 sumber lain untuk dibuat pinjaman.antaranya, pinjaman mara

mengikut survey yang aku buat, permohonan pinjaman ini hanya akan dibuka 31 haribulan januari dan julai setiap tahun.namun, bagi bakal penuntut diploma uitm macam aku ni, kirim salam la nak buat pinjaman.sebab aku pelajar ipta, bukan ipts.

kenapa pelajar ipta tidak diberi pinjaman?(dicilok dari www dot dot dot)


1) Kemudahan asas dan infrastruktur di IPTA 100% disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

2) Sebahagian yuran pengajian pelajar di IPTA telah ditanggung oleh pihak kerajaan. Pelajar hanya dikenakan yuran lebih kurang RM10,000 disepanjang tempoh pengajian di universiti.

3) Kemudahan dan infrastruktur di IPTS disediakan oleh pihak swasta. Dana untuk menyediakan kemudahan yang setanding di universiti awam, biasanya diperoleh daripada yuran yang dibayar pelajar.

4) Oleh yang demikian, pelajar di IPTS dikenakan yuran pengajian yang lebih tinggi. Lebih kurang RM40,000-RM50,000 disepanjang tempoh pengajian di universiti.

5) Tidak semua pelajar dapat masuk ke IPTA. Untuk mengurangkan beban pelajar di IPTS, hanya pelajar yang layak sahaja akan ditaja oleh pihak MARA

so, sepatutnya bersyukurlah diri sendiri kerana dapat tawaran ke ipta, uitm lagi tu.bersyukur juga saya merupakan orang melayu.walaupun dikatakan anak orang melayu ni semuanya layu2, sepatutnya tunding jari sendiri kepada diri kita sendiri dan ibu bapa.

sehelai kain yang putih tidak akan bercorak sendiri jika bukan kerana ada tangan yang menghasilkannya

0 pandangan cadangan cacian:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails